Perjalanan
seribu batu bermula dengan langkah pertama namun tiada siapa yang tahu sudah
berapa jauh kita melangkah, mungkin kalau dikira kita sudah mengelilingi dunia
yang fana ini, tiada siapa yang tahu. Yang kita tahu kita tetap terus melangkah
dan melangkah yang penamatnya adalah bila roh dan jasad bercerai. Maka tamatlah
satu kisah dalam sebuah kehidupan seorang insan dipersinggahan sementaranya
berakhir dipusara.
Tidak
ramai yang sedar kita dibahagikan dalam dua kehidupan dunia iaitu siang dan
malam yang silih berganti. Oleh kerana kelekaan atau kesibukan kita hanya mampu
mengira detik, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun, akhirnya tanpa kita
sedari dari umur satu hari, saat ini kita mungkin sudah jauh berusia. Apa pun
kita perlu bersyukur nikmat Allah SWT yang terlalu banyak untuk kita hitung.
Namun sebagai manusia sukar untuk mendapat kepuasan hidup kerana apa yang kita
nak belum tentu Allah beri tetapi Allah sediakan apa yang kita perlu.
Adakala
kita sendiri tertanya-tanya dimana hilangnya matahari, kemudian Allah datangkan
guruh, petir dan kilat membuat kita gentar dan takut kejadian Allah ciptaanNya,
puas kita menunggu, mengharap dan mencari dimana matahari kita supaya dunia
menjadi cerah kembali, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah
bagi mengubat kekalutan hati. Begitulah pusingan kejadian alam Allah ciptakan untuk
kita renungkan.
Salam
Ukhwah, Salam Kemuliaan dan Salam Muhabbah buat pembaca semua, apa yang bakal
saya coretkan dalam blog Metafora Andalusia adalah sebahagian perjalan hidup
hamba Allah yang menempuhi berbagai kisah untuk dikongsikan. Andainya baik
untuk dibuat pendoman dipersilakan berkongsi, jika sebaliknya maafkan saya
jadikan ia sebagai sempadan supaya tidak terjebak buat kedua kalinya. Saya
mendoakan anda semua berolehi kesejahteraan dunia dan akhirat serta
dipermudahkan segala urusan dari Allah SWT… Insyaallah…
No comments:
Post a Comment